Loading...

KEBERSERAHAN DIRI

DAMAI SEJAHTERA

BLOG INI HANYA UNTUK MANUSIA YANG MENDAMBAKAN PERDAMAIAN DUNIA KHUSUSNYA ANAK-ANAK ABRAHAM AGAR TERCIPTANYA SEBUAH SYSTEM KEHIDUPAN KEBERSERAHAN DIRI, DAMAI DAN SEJAHTERAH

Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat/firman (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tiada kita abdi kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah." Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)."

Memuat...

Jumat, 14 Mei 2010

keturunan dari istri ke 3 abraham keturah

Menurut sebuah manuskrip kuno, bangsa Melayu berasal dari keturunan Nabi
Ibrahim dgn isteri ketiga beliau bernama Siti Qatura/Keturah.

Setelah kewafatan Sarah, Nabi Ishak a.s. telah merayu Nabi Ibrahim a.s.
untuk berkahwin dengan ibu angkat beliau dari kerajaan Champa Kuno (bukan
Champa Baru di era Angkor). Akhirnya Nabi Ibrahim a.s. bersetuju dan
berkahwin dengan Siti Keturah dan telah dikurniakan Allah 6 orang anak
- Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah. Anak-anak mereka inilah
menjadi pengasas kepada bangsa Melayu.

Melayu diambil dari perkataan 'Mala' (nama bangsa asas Keturah). Nama ini
sama dengan nama yang tertulis dalam manuskrip yang dikaji oleh Ralph
Olssen. Bukan itu sahaja, keturunan Keturah inilah yang ramai tinggal di
Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi dan Mindanao. Kesemua tempat
ini merupakan tempat yang mempunyai tulisan purba yang diadaptasi dari
tulisan Semitik Purba. Tulisan Rencong adalah tulisan rasmi Melayu.Jawa dan
Bugis juga mempunyai tulisan yang hampir serupa. Agama rasmi Melayu adalah


agama Jawi. Agama Jawi adalah agama Nabi Ibrahim a.s. Penggalian di sebuah
daerah di Jordan menemukan kota purba yang bernama Jawi/Jawa.

Keturah bukanlah Melayu. Walaupun beliau melahirkan bangsa Melayu, Keturah
adalah daripada bangsa Mala. Melayu adalah bangsa Mala yang mempunyai darah
keturunan Nabi Ibrahim a.s.

Semua bangsa seperti Jakun, Iban, Kadazan, Melanau, Bajau, dan seumpamanya
adalah merupakan bangsa asal Mala. DNA bagi bangsa ini adalah 01m-19a. Ini
menerangkan Keturah mungkin berasal dari satu kerajaan purba yang sedia ada
di Timur ketika zaman Nabi Ibrahim a.s.

Bagaimana Ptolemy boleh mengetahui peta lengkap Semenanjung Tanah Melayu
pada abad kedua Sebelum Masehi berserta gelaran Golden Chersonese
(Semenanjung Emas) padahal mengikut sejarah moden orang-orang Barat hanya
sampai di dunia sebelah sini selepas ekspedisi penjelajah Sepanyol dan
Portugis seperti Magellan? Sama seperti Piri Reis yang membuat peta paling
misteri di dunia berdasarkan manuskrip peta-peta kuno, Ptolemy juga mendapat
sumber yang sama,dari manuskrip peta-peta kuno lama sebelum era Yunani,
sebahagiannya dari era Firaun kuno.

Suku kaum Aryan ini adalah kaum pahlawan yang memiliki kepakaran dalam
kesusasteraan Vedic India/Parsi.Para sarjana geneologi dan antropologi telah
mengkaji kaum Aryan ini sejarahnya dapat ditelusuri sehingga kerajaan purba
Scythia iaitu satu kawasan yang melewati perbatasan Parsi-India,lebih utara
dari Bactria.

Ramai sarjana mempercayai agama purba Zoroester berasal dari timur Iran di
mana kaum Kambuja berasal.

Beberapa sarjana telah menjejak misteri kaum Aryan ini sehingga ke inkripsi
purba Iran yang ada menyebut nama Kambujiya,satu keturunan diraja.Kambujiya
adalah nama dalam Parsi Kuno.Nama Kambujiya di dalam bahasa Yunani ialah
Cambyses. Kambujiya atau Kambaujiya adalah nama kepada beberapa raja-raja
Parsi dalam dinasti Achaemenid.

Emperor Cambyses adalah warisan dari Madayu (Mada,Medes,Madyan,Midian,Medea)
telah memerintah lebih lama sebelum Cyrus The Great menaiki takhta.

Lihat puzzle setakat ini:
Keturah,
Nabi Ibrahim,
Jawi,
Cambyses
Kambuja
Scythia
Manessah
Mala
Malai
Mada
Mada-yu
Mala
Mala-yu

Siapakah The Lost Tribe of Mala? Apa kaitan The Lost Tribe of Israel
(Manessah dari jurai keturunan Joseph/Nabi Yusof) dengan bangsa Mala? Apakah
yg berlaku antara bangsa Melayu dan Yahudi 2,000 tahun sebelum masehi? Jika
Red Indian dan Tanah Amerika bukan 'The Promised Land' jadi dimanakah 'The
Promised Land' sebenar?

"Menurut Ibnu Athir, seorang ahli sejarah Islam terkenal, bangsa Melayu
dikatakan berasal dari keturunan Nabi lbrahim a.s. Bangsa Melayu, menurut
beliau, ialah Bani Jawi, iaitu keturunan lbrahim a.s., dari isterinya yang
ketiga bernama Qatura. Bagi anak-anak dari keturunan Qatura ini, baginda
telah memerintahkan agar berpindah ke timur dengan memberikan
bekalan-bekalan yang perlu bagi memulakan hidup baru, maka mereka pun
meninggalkan tanah Kanaan untuk berpindah ke timur. Dikatakan bahawa Nabi
Ibrahim a.s, itu melahirkan tiga keturunan yang besar, pertama ialah bangsa
Arab, dari keturunan anaknya Ismail a.s, kedua ialah bangsa Israel dari
keturunan Ishak a.s, dan ketiga ialah bangsa Melayu (Bani Jawi) dari
keturunan anaknya menerusi perkahwinan dengan Qatura. Sejak dari zaman
dahulu lagi orang-orang Arab memanggil kepulauan Tanah Melayu ini sebagai
Tanah Jawi. Bani itu bererti anak-anak atau keturunan, sebagaimana juga nama
Bani Lavi (Levi) dari puak Israel (ibid)."

19 komentar:

  1. damai sejahtera

    BalasHapus
  2. PUJI ALLAH
    ALLAH ABRAHAM

    BalasHapus
  3. Masyaallah yuriduna liyutfiu nurallah..
    orang-orang yang hendak memadamkan cahaya Allah
    dengan mengaburkan sejarah..mari kita baca sejarah biar kita tidak sengsara lagi..
    tetap on the track agar kita menuju darussalam negeri yang kita impikan...

    syalom, puji Tuhan

    BalasHapus
  4. bahasane rodo angel dipahami, perlu ditata meneh ki tulisane....

    BalasHapus
  5. Puji Tuan semesta alam
    ,, (^_^) ,,

    BalasHapus
  6. puji tuan, semua orang harus tau tentang ini...

    BalasHapus
  7. Puji Tu(h)an Semesta Alam :):)

    BalasHapus
  8. http://syaikhkiblat.blogspot.com/2010/05/keturunan-dari-istri-ke-3-abraham.html?showComment=1316585949486#c2150614267888431342

    BalasHapus
  9. analisa yang serampangan... tidak ada dasar yg kuat yg membuktikannya.. kelihatan sekali klo cuma menyambung2kan sejarah.. agar sesuai dengan tujuan tersembunyi.... damai sejahtera nunsantara jaya

    BalasHapus
    Balasan
    1. Sblm berkomentar silahkan anda cr informasi unt menambah wawasan anda,agar anda bs mnerima hal yg baru,ini pengetahuan yg br,bila anda ragu,anda carilah informasi yg luas lalu pelajarilah

      Hapus
  10. Kristen hanya mengenal Sara, Islam hanya mengenal Sara dan Hajar (Hagar), Qatirah?

    BalasHapus
    Balasan
    1. Islam adalah agama yg sempurna, Allah telah mnurunkan kitab Alquan sbg pegangan dan pedoman hidup,Islam adalah agama yg benar yg mengakui semua nabi2 dan rasul yg telah diutusNya,dengan tanpa menutup-nutupi kebenaran

      Hapus
  11. Yahudi yang mengenal Qatirah
    Tertulis di 2 Chronicles 32
    New International Version (NIV):
    "Now the sons of Keturah, Abraham's concubine: she bare Zimran, and Jokshan, and Medan, and Midian, and Ishbak, and Shuah. And the sons of Jokshan; Sheba, and Dedan." (Sekarang anak Keturah, selir Abraham: dia melahirkan Zimran, dan Jokshan, dan Medan, dan Midian, dan Ishbak, dan Shuah. Dan anak dari Jokshan; Sheba, dan Dedan)

    Menurut data2 yg saya dapat, awalnya sebelum direvisi tulisan "concubine"(selir) ditulis "wife"(istri). Saya lupa kenapa.

    BalasHapus
  12. SATU PEMBOHONGAN!!! Bangsa asal Nusaserantau adalah manusia behidung kembang, hidung pesek, hidung kemek, tonggek, pendek, dagu ke bawah, telinga capang, jongang, bla bla bla... yang nampak elok tu semua kahwin campur atau mangsa rogol bala tentera dari India dan Indocina di zaman Srivijaya, Matharam, Majapahit dsbnya dulu. Kemudian jadi mangsa rogol tentera Portugis, Spain, Belanda, Ingris dan Jepun. Menurut kajian pakar sejarah Pulau Sumatera, Jawa, Sulawesi, Kalimatan dll termasuk Semenanjung dll, mana ada ramai penduduk, semua datang dari luar, di pulau Jawa cnthnya rata-rata manusia di pulau tu datang dari Kambodia, Campa, Laos, Selatan Siam dan India, tengok muka pun tau.

    BalasHapus
  13. http://www.youtube.com/watch?v=o-unZvS325I
    Nabi Ibrahim adalah bapak bangsa2, melayu bangsa besar tanda2nya mudah menerima islam, karena moyangnya orang mulia yaitu nabi Ibrahim

    BalasHapus
  14. http://www.youtube.com/watch?v=o-unZvS325I

    BalasHapus